Welcome to My Blog

Blog ini di buat khas untuk








Datos personales

I love 'love', speed and power.. Married to a loving and sweetest man and mother to two lovely princess and two handsome and brave little superheroes.

Followers

RSS

Amalan-amalan berpantang selepas bersalin

Amalan-amalan berpantang selepas bersalin


* Amalan berpantang dan berbengkung masih meluas
* Urut-mengurut
* Bertungku
* Jamu
* Mandi-mandian herba dan akar kayu
* Lain amalan pantang



Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.

Amalan berpantang dan berbengkung masih meluas

Amalan berpantang serta berbengkung adalah sebahagian daripada ilmu perbidanan masyarakat Melayu yang diwarisi turun temurun oleh sesuatu keluarga atau individu. Ilmu perbidanan dipunyai dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat dari keluarga bangsawan kepada bidan-bidan kampung dianugerahkan ilmu ini khusus bagi membantu wanita desa.

Selain amalan berbengkung, ada lagi beberapa amalan yang popular di kalangan wanita Melayu:

Urut-mengurut

Advertisement
Wanita yang baru bersalin dinasihatkan supaya berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Jika boleh, berurut lebih dari itu lebih baik, seminggu atau lebih, walaupun mungkin tidak setiap hari. Urut-mengurut bertujuan melancarkan perjalanan darah termasuk mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung, menaikkan rahim untuk mengelak tombong, membetulkan urat yang tegang, atau putus atau terkeluar dari tempatnya, memecahkan lemak, mengetat dan membentuk tubuh supaya kembali kepada potongan asal.

Bertungku

Sebelum berbengkung, dikatakan wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal dalam perut. Dalam amalan tradisional, darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang; sekiranya pengaliran berhenti terlalu awal, ini bermakna rahim tidak dibersihkan sepenuhnya dan ini akan menggugat kesihatan kelak. Amalan bertungku untuk 44 hari dan memakan jamu memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.

Bertungku juga dapat memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ lain yang sudah bengkak akibat bersalin, dan mengembalikan semuanya kepada keadaan dan tempat asal. Rahim juga disengkak ke atas semasa bertungku untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan keluar tombong masa tua kelak.

Untuk menyediakannya, tungku dibakar dan dibalut dengan daun-daunan seperti daun serai, lengkuas atau pandan dan dilapit dengan kain. Seelok-eloknya bertungku ini dilakukan selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Selain bahagian perut, paha juga ditungku.

Jamu

Memakan jamu, akar kayu atau rempah ratus adalah satu lagi amalan berpantang Melayu. Lazim dikatakan jamu berkhasiat bagi mengembalikan tenaga, memanaskan badan, mengeluarkan lemak dan toksin dan melawaskan ke bilik air. Ini akan mengecutkan segala organ, otot dan urat, mengeluarkan kandungan air berlebihan dalam badan, membuang angin dan menghempiskan perut. Apabila toksin keluar, badan juga akan berbau harum dan berat badan pun akan turun.

Jamu selalunya dijual dalam satu set lengkap cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Di Malaysia, jamu boleh ditempah dari bidan tertentu di kampung maupun di pekan yang akan menyediakannya secara khusus untuk wanita berkenaan. Kebelakangan ini, wanita lebih gemar membeli jamu yang disediakan secara komersil. Jamu komersil boleh dibeli di kedai-kedai tertentu atau melalui Internet. Di Malaysia, jamu NR adalah popular dan ada yang lain seperti jamu Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat, di samping beberapa pilhan yang datang dari Indonesia.

Hajar, 34, mengamalkan jamu sepanjang masa pantang dan mendapatinya amat berkesan untuk melangsingkan badan dan memulihkan kesihatan dan kecergasan. Katanya, "Apabila saya kembali bekerja setelah cuti bersalin, semua kawan-kawan mengatakan tubuh saya langsing dan saya nampak berseri-seri." Linda, 30, dan Nuri, 46, juga melaporkan bahawa ramai rakan sejawat di tempat kerja, maupun lelaki atau perempuan, mengatakan yang mereka kelihatan cantik, jelita dan langsing!

Mandi-mandian herba dan akar kayu

Wanita dalam pantang mestilah bermandikan rebusan air herba, akar kayu dan rempah. Tujuannya ialah untuk mengembalikan kecergasan badan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir akibat darah dan lendir pelahiran, dan merawat urat yang terputus. Mandian secara ini lebih sukar untuk diamalkan sepanjang 44 hari dan ramai wanita melakukannya selama lebih kurang tiga minggu sahaja.

Lain amalan pantang

Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas, lulur dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan 'penyawa' wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment